Friday, August 21, 2015

Travelogue : 7 Island Sunset Tour

Day 2 ( 17 Jan 2015 )

Harini bangun pagi terus check out since kitorang just book this hotel for 1 day je. Saja nak try hotel lain lain sebab duduk lama kan. So if datang lagi nanti dah tahu hotel mana yang best. Sempat la bergambar dengan Aom si receptionist hotel yang sempoi gila dan sangat baik hati. Melayan kerenah kitorang yang masuk air nie. 





If sesiapa pergi cari Aom okay. Promote nie promote. Hotel kedua ni tak jauh pun dari hotel first. Jalan kaki sikit dah sampai. Tapi kebetulan bilik tak siap lagi so tak boleh nak check in lagi. So kitorang lepak kejap. Dalam pukul 11 camtu dah boleh masuk bilik. Kena naik tangga hoi. Dahlah tinggi. Jenuh hoi jenuh. 

Van akan datang pickup around 1.30pm so rehat rehat kejap. Sempat la tidur seround. Around pukul 1pm camtu kitorang turun lepak kat bawah tunggu van. Don't worry, van akan pickup korang depan hotel and hantar balik depan hotel juga. 




Oh cuma hotel baru nie ada cermin besar siap almari bagai. Hotel yang first tu takde semua tu and bilik yg nie besar sikit dari first hotel. Sharp 1.30pm sampailah orang yang pickup tu depan hotel terus pergi ke jeti untuk naik boat. 

Awalnya kitorang minta naik longtail boat tapi bila sampai sekali naik boat besar. Jimat lagi sebab bayar harga longtail tp naik boat besar. Kira guna longtail tu untuk transfer dari jeti ke boat besar je. Kitorang punya tour guide terbaik baq hang. Sempoi gila. Even group kitorang pun semua best. Takde nak tunggu sebab lambat ke apa ke. Semua on time bebeh. 





Eh baru perasan ada orang photobomb. Kah. Semua yang dalam group kitorang ramah ramah. Sempat la sembang sembang dengan diorang. Siap tanya lagi if pergi malaysia pulau mana yang diorang patut pergi. So sempatlah kitorang promote Malaysia kat pelancong luar. Sambil menyelam minum ayaq la. 





First check point. Poda Island. Lepak kejap berendam kejap snap snap gambar pastu gerak ke next check point. Kalau tak silap aku pergi snorkeling tapi kitorang turun sekali je sebab air waktu tu macam teruk sikit. Bergelora. So buat kami yang tak berapa nak handal berenang terpaksa tengok jela. 

Then before berhenti untuk dinner boat berhenti kat satu tempat nie. Layan orang buat terjun terjun dari batu pastu layan sunset sekali. Serius cantik. 








Makan time!! Berhenti makan dekat Tup Island. Island yang air terbelah tu. kalau datang awal boleh la lalu tengah tu tapi by the time kitorang sampai air dah pasang so tak bolehlah nak lalu. Makan bbq je. Diorang masakkan dan kitorang just beratur ambil. Then after makan berkumpul untuk pertunjukkan keluar keluar api tu. 







Habis je pertunjukkan naik boat dan bergerak pulang. Sebelum tu stop sekejap sebab nak tengok plankton. Haaa. Inilah sebab utama ambil sunset. Nak tengok plankton. Tapi that day tak banyak sangat plankton so macam nampak tak nampak je. Padahal rasanya hampir semua orang atas boat tu turun sebab nak tengok plankton kena kocakkan air baru nampak biru biru. Ala ala glow in the dark gitewww. 

Kitorang sampai hotel dalam pukul 10 malam. Basuh badan sikit then tidur. Esoknya aktiviti darat je. Elephant Trekking. 


No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.