Friday, July 9, 2010

Kembali menemui Illahi.


Kejadian ini terlalu mengejut. Berita yang diterima membuatkan aku sentap untuk seketika. Movie di skrin terus diabaikan. Hanya persoalan yang timbul. Ingin diterima atau tidak berita itu. Tapi sudah suratan, dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali.

Salam takziah diucapkan untuk keluarga Puan Latifah atas kematian beliau akibat kemalangan jalan raya ketika pulang dari sekolah. Kita sendiri tidak dapat menduga bila masanya kita akan pergi untuk selamanya.

Dalam sejarah, beliau merupakan seorang guru yang amat tegas terhadap anak didiknya. Tetapi jika kita selami hati beliau, kita mampu nampak kelembutan yang ditonjolkan secara sembunyi. Beliau ibarat ibu terhadap anak anak didiknya. Dimarah, diherdik, dibebel, itu semua kenangan buat kami sekarang. Tiada lagi dapat kami dengar gelak ketawa beliau selepas ini. Walaupun sudah empat tahun aku meninggalkan sekolah, tapi jasa beliau masih lagi aku ingat.

Kepada keluarga beliau, harap tabah menempuhi segala dugaan.

Al-Fatihah.



2 comments:

  1. takziah buat beliau. Ajal maut di tangan tuhan kan..

    ReplyDelete
  2. @Hasrol Nizam


    aah.. kita hanya mampu merancang.
    Dia yang tentukan.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.