Sunday, July 13, 2014

Travelogue : Kota Suci Makkah

Jyeah! Let's continue our journey. Style menulis macam aku buat blog travel. Phui. Sementara sifat rajin masih menguasai diri, marilah sambung entri yang tergendala semalam. Nanti bila dah datang sfat malas tu, entah kurun ke berapa baru aku nak sambung entri lepas.

Next, after 4 days dekat madinah, kitorang continue our journey to Makkah. Naik bas saja. Bertolak dari Madinah dalam pukul 3 petang macam tu. Oh ya, waktu nak bertolak tu ada sesuatu terjadi pada hotel sebelah hotel kitorang menginap. Berlaku kebakaran yang pada mata kasarnya nampak kecil tapi sebenarnya very worst. Yes, memang melibatkan kehilangan nyawa, but aku tak tahu berapa ramai. Syukur sebab bukan terjadi pada hotel jemaah kami menginap. Aku rasa ramai juga yang tahu since masuk paper and berita di tv.

Waktu tu rasa macam mimpi ke apa sebab dapat tengok sendiri kejadian kebakaran depan mata di Madinah pula tu. Now, aku still lagi boleh bayang how the people there melambai lambai dekat tingkap minta diselamatkan. Okay, let's forget about that.

Perjalanan ambil masa yang agak lama. Sangat lama aku rasa. Kami singgah sekejap dekat mana tak pasti untuk berhenti makan dan solat. Makan dalam talam seyh. After selesai semua urusan, kitorang continue perjalanan. Sampai di Makkah lebih kurang pukul 11 malam. Bayangkan panjang tak panjang perjalanan tu. Sampai je terus mutawwif kitorang masa tu Ustaz Fairul suruh check in then turun balik sebab nak terus buat umrah.







Gambar selepas selesai buat Sai'e. Gambar atas tu mak dengan abah bergambar berlatarbelakangkan Bukit Safa. Dahulunya takde pun penghadang bagai tapi dengar cerita bila ramai jemaah yang naik dan jatuh, terus diorang buatkan penghadang sebagai ciri-ciri keselamatan la. Waktu selesai ni pun dah pukul 2 pagi. Balik je terus tidur sebab nak kena bangun pula pukul 5 pagi sebab kalau lambat nanti kena sembahyang luar masjid.





Time nie awal lagi, so banyak lagi saf kosong. Bolehlah duduk depan. Kelebihan duduk depan sebab boleh nampak Kaabah depan mata. Nikmat gila rasa. Cuba bayangkan selama ini kita sembahyang hanya ada gambaran kaabah je dekat sejadah, now Kaabah betul-betul depan mata. Can you believe it? 








Then siang pula sebab nak kena berniat ihram, so kena la keluar naik bas sebab ada masjid masjid tertentu untuk kitorang berniat. Sambil tu sempat la menyinggah pergi ladang unta. Offer minum susu unta but aku jenis tak minum susu, so memang aku tak minum la. Bila tanya adik aku apa rasanya, dia kata macam rasa air kelapa. Then pergi ke Muzium Quran seterusnya balik ke hotel salin pakai telekung the pergi buat umrah untuk kali kedua tak silap aku.







Hadiah untuk pembaca blog. Doa la supaya boleh jejakkan kaki ke sini. Supaya Allah menjemput korang kesana serta jemput aku lagi kesana. Seriously tiada tempat paling tenang sekali selain kat sana. 

Entri semalam lupa nak selitkan gambar ketika melawat Bukit Uhud. Then, sebenarnya ada kejadian waktu sampai di Madinah, dimana luggage aku hilang. Panik la sekejap. Malam tu sampai je terus pergi shopping sebab aku takda baju untuk pakai. Semua perkakas aku dalam beg tu. Thanks to Ustaz Fairul sebab susah payah uruskan hal beg aku. Tapi memang itu kerja awak pun kan ;p. Tapi yang panik lebih abah, aku boleh duduk lepak lobby online sebab nak check email or whatsapp dari family and kawan-kawan kat malaysia. 

Dekat sana, apa yang terjadi just berserah saja pada Allah, sebab InsyaAllah Dia akan tolong kita. Jangan pernah fikir benda yang buruk, sentiasa positif. Waktu beg hilang tu tak pernah sekali terlintas dalam fikiran aku yang aku tak akan jumpa dah beg tu. Aku tahu beg tu ada, cuma tak tahu dimana. Kira aku la insan paling bertuah sebab dalam famili, aku orang pertama yang diuji sesampai saja kat sana. Ujian yang simple dan sebenarnya kalau tak reti nak hadapi boleh jadi worst which I mean macam kau menyumpah la marah ke imigresen ke ape ke, itu dah menunjukkan kau belum cukup sabar nak hadapi ujian yang lagi besar. Mak keep on cakap kat aku sabar, ini ujian buat kamu. Dekat sini tiada siapa jangka apa ujian yang akan Dia turunkan buat kita. Just bersabar dan berserah saja pada Dia. 

Balasanya, dapat la borong jubah yang cantik *gelak besar*. Benda paling penting bila datang sini, control marah dan banyakkan bersabar. Ingat, segala apa yang kau buat dekat sini dibayar serta merta. No delay delay ok. Mulut pun kena jaga. Jangan banyak complain. Kita datang nak buat ibadat bukan datang untuk bercuti, huhahuha then balik. No point la camtu. Apa saja yang pihak pengurusan bagi, bersyukur saja. 










Itu time di madinah. Dekat Bukit Uhud. Okay, dah duduk selama lebih kurang enam hari di Makkah, masanya untuk berangkat pulang ke Malaysia. Haih, syahdu pula nak tinggalkan tempat tu. Even duduk sekejap, rasa macam tempat tu dekat je dengan aku. Cepat je serasi. 









Yeay! Dah selamat sampai Malaysia. Dapat sorang satu botol air zam-zam. Kat sini bila minum air zam-zam nikmatnya tak sama macam minum kat sana. Sumpah tak tipu. Fine, kena tanamkan azam dan niat kumpul duit balik, doa banyak banyak supaya dijemput datang lagi kesana. Yeay!

Thanks to semua rombongan jemaah sebab beri kerjasama yang baik. Until now, we still contact each other. Siap ada group whatsapp lagi. Still lagi menziarah satu sama lain. Pendek kata ikatan silaturahim tu tak putus la. Ustaz Fairul pun selalu je menyibuk dalam group tu tapi sekarang kurang sikit sebab busy kot.

So, tamatlah mengembaraan kita. See you guys next entri ye. Fikir jap nak cerita pasal apa. Masak memasak maybe *angkat angkat kening*

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.