Sunday, July 13, 2014

Travelogue : Istanbul Aku Datang


Inilah yang berlaku bila ada sesuatu terjadi antara aku dengan company lama aku. Satu benda yang aku memang tidak dapat lupakan dan memang betul jadikan pengajaran buat aku. Sampai sekarang rasa menyesal sebab tinggalkan company tu tak pernah sekali pun ada dalam hati aku. Bertambah gembira lagi adalah. Sejujurnya aku tak pernah kasihan dengan bos-bos yang ada dekat situ. Seriously setiap kali ingat benda tu, setiap kali tu juga aku jadi emo dan geram *sigh*




Holiday time! Istanbul aku datang la kononnya. Heh. Excited tak terkata aku. Bila tengok orang post gambar cantik kat sana buat aku teringin sangat nak pergi. Nah, impian jadi kenyataan. Actually Istanbul hanyalah tempat persinggahan saja. Ada tempat lagi bermakna dan paling excited aku nak akan tuju. 




Malam nak berangkat tu lepak dulu kat Putrajaya. Oh, nampak tudung cantik tu. Itu tudung from Sincerelybyus. Tudung diorang senang bawa pergi travel since tak payah susah susah nak kena bergosok bagai. 






Time ni aku tak ingat jam berapa tapi suhu cecah -2 celcius. Baru suhu macam tu dah rasa macam nak beku. Kerjanya duduk berselubung dalam selimut jela. Ini permandangan dari hotel tempat aku menginap. Dekat sana, paling tinggi pun suhu baru 11 celcius. Sebab time tu still ada saki baki winter tu. Orang kata, saki baki winter la paling seksa sebab berangin. Angin tu la yang sebabkan rasa sejuk tu sampai rasa nak pakai baju dua belas lapis. Phew!






Tapi, just tengok apa yang aku pakai. Jubah dengan sweater yang nipis itu saja. No glove lagi. Mujurlah ada sneakers. Time ni tengah tahan sejuk duduk tepi jalan depan pula ada laut. Angin dia mak aih, menusuk sampai ke tulang.










Haa, paling best makanan dekat sini menepati citarasa aku. Orang kat sini, majoriti makan roti which is my favourite food. So, setiap hari bila turun breakfast aku akan angkut sebanyak yang boleh roti naik bilik. Buat bekal dalam perjalanan. Sepanjang aku kat sana memang takde masalah langsung dengan makanan diorang. Perfect! Kena dengan tekak aku. 

Oh, gambar atas tu meatball kat sana. Sumpah sedap. Arghh, meleleh air liur aku bila fikir balik kesedapan meatball tu. Juicy habis. Lima keping memang tak cukup sebab sedap tambah bila dalam kedaan sejuk, lagilah rasa lapar tu mencanak datang kan.









Aya Sofya kat belakang tu. Tempat yang Lisa Surihani nak sangat pergi dalam cerita Istanbul Aku Datang. Tapi aku tak masuk pun sebab nak masuk kena bayar and kitorang tak spend duit untuk situ sebab ada tempat lain yang nak dituju. So, just snap gambar saja as kenang kenangan.

Sebenarnya banyak lagi gambar, but semua dalam phone adik aku. Ini pun cilok gambar dari instagram aku. Nak follow silalah cari @dillabaharudin ye. Heh. Sempat promote. 

Oh ya, for shopping aku suggest sila ke spice bazaar. Harga kat sana sangat terbaik. Must try Turkish Delight ok. Sumpah sedap. One more thing, dekat sana teh diorang sangat terbaik. Lepas tu rajin rajinkan la berjalan cari kedai aiskrim yang suka buat lawak tu. Aiskrim dia pun sumpah sedap juga. Haih, buat aku rasa nak pergi lagi dan lagi la ini tempat. 

Finish Istanbul. Bye Istanbul, see you next time. Next entri will be the place yang paling tenang sekali. Tempat paling sempurna untuk cari ketenangan. Let's go!

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.