Sunday, November 27, 2016

Hotel Review : The Sun Hotel & Spa Bali


Hello guys! Ok, kali ni aku nak review pasal Hotel di Bali pula. Seperti biasa, hotel yang aku akan duduk bakal ditapis dengan review from other traveller using Tripadvisor, Booking dan Agoda. Semua pun tahu Bali merupakan tempat yang mempunyai pelbagai Hotel/Villa yang cantik dengan harga yang agak berpatutan. Mostly kalau Villa banyak di kawasan Ubud dan Seminyak. Cantik catik pula tu. Cumanya agak jauh sedikit. 

Disebabkan aku pergi untuk bercuti dan bukannya honeymoon macam orang lain, so aku prefer duduk di hotel saja. Bajet untuk hotel, aku dan kawan aku decide mesti kena RM300 and below. So misi mencari hotel pun bermula.

Cari punya cari. Buat research sana sini, baca review bagai so kami berdua decide untuk stay di The Sun Hotel & Spa. Berdekatan dengan Pantai Legian dan Hotel ini terletak di Jalan Lebak Bene. Sedikit sempit jalan nak masuk ni. So berhati hatilah untuk sesiapa yang drive sendiri. 


Drop off dan Pickup


Harga untuk 4H3M. 




Okay, jom kita masuk ke dalam bilik. Toilet dia bersih, cumanya agak kecik sikit. Bilik pun tak berapa luas tapi memadai la untuk dua orang. Bilik kitorang tanpa balkoni, just bila tengok dari tingkap, view pool. Kelengkapan seperti hairdryer dan tea set semua disediakan. Actually kitorang request for single bed, dan bila masuk tengok rupanya single bed dia tu, digabungkan. I don't know why. Janji boleh tidur sudah. Oh, wifi pula kadang ok, kadang tak. Redha.


Toilet




Katil Single yang digabungkan oleh pihak hotel.



Last day baru berpeluang terjun pool. Time terjun tu langsung tiada orang, kitorang je yang conquer pool tu. Awesome wei. Pool dia luas memanjang dan kedalaman tak pasti. Tapi makin bergerak ke depan makin dalam. Eh dah macam buat hipotesis pula aku ni.






Overall,

Bilik :  3.5
Kebersihan :  4
Layanan :  4
Pool :  😍


No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.