Monday, September 17, 2018

Travelogue : Pulau Weh Day 1

Hi!

Jam 4 pagi dah bergerak ke Airport dengan Grab. Since no baggage check in so breakfast dulu baru gerak masuk ke gate. Disebabkan masuk ke gate before Subuh, so kenalah take turn untuk pergi solat dekat dalam tu.






Jam 8.10 pagi macam tu kami berlepas dan dalam jam 9 pagi waktu Indonesia ya sampai di Aceh. Keluar dari Airport, Mahyu datang jemput. Dia ni adalah salah seorang team Fauzan. So dia yang akan bawa kami sekeluarga pusing Aceh. Tapi untuk hari pertama ni kami akan terus ke Pulau Weh. So dari airport terus bergerak ke Jeti untuk ke Sabang atau nama lain Pulau Weh. Dekat situ barulah beli simkad. Perjalanan ambil masa dalam 45 minit. Apa lagi masa yang ada digunakan untuk tidur.





Sampai saja di Sabang, dijemput pula oleh Mas Putra. Terus dibawanya kami untuk lunch sebab time tu dah masuk waktu lunch pun. Dekat kedai makan tu barulah kami berbincang apa next aktiviti dan Mas Putra cadangkan terus ke Pulau Rubiah untuk snorkeling sebab esok Jumaat dan aktiviti turun laut dilarang sama sekali so nanti tak puas nak snorkeling. So bila dia dah kata begitu kami pun follow jela. Sampai di Iboih, sembahyang Zohor dan ke kedai yang uruskan aktiviti snorkeling kami. Semua ni dah termasuk dalam pakej yang kami ambil dari Fauzan eh.







So, bergeraklah kami sekali dengan tour guide Mas Hendra. Dia lah orangnya yang akan bawa kami snorkeling pusing Pulau Rubiah tu. Terbaik weh, aku memang tak reti nak pakai kaki itik tu, tapi dia ajar aku dulu sampai pandai then baru dia bawa snorkeling. Alah, yang snorkelingnya aku dengan dengan adik aku yang lelaki tu je.










Sejam juga la memusing dalam laut tu. Sampai kering la tekak aku sebab nak kena bernafas guna mulut kan. Selesai snorkeling si Hendra kata nak pergi sendiri pergilah, dia pantau dari jauh. Wooo, memang taklah wei. Dalam kot. Aku ni dahlah sejenis yang takut kedalaman, memang takda lah aku nak pergi. So, kami lepak je main air dekat tepi tepi tu while my dad busy bersembang dengan Si Hendra ni.






Balik dari snorkeling, terus ke Kilometer Nol sebab dah dekat sangat dengan Iboih. Singgah untuk bergambar sekejap je sebab cuaca panas ya amat. Kemudian dari Kilometer Nol tu kami bergerak ke Gua Sarang. Ha, dekat sinilah yang ada buaian tu. Kalau naik bila buai kena pegang kuat kuat wei, rasa macam nak terjatuh je. Kalau jatuh naya la bawah tu laut. Sambil tulis ni pun rasa seram sampai berpeluh tangan teringatkan buaian tu. Tapi view memang awesome. Jap, dekat Pulau Weh ni kat mana yang tak awesomenya. Semua tempat pun view awesome boom kebaboom.







Balik tu lapar, singgah makan dekat, ermmm serius tak tahu tempat apa. Tapi bakso dia sedap. Kena try juga satay gurita yang boleh dikatakan makanan wajib cuba bila sampai Aceh. Bila perut sudah kenyang mata pun dah layu tambah pula mandi laut pula tadi kan, badan pun confirm letih. Time tu pun dah malam, terus pergi ke Freedies Sumur Tiga untuk check in. Inilah penginapan kami selama dua malam di Sabang. Orang kata view cantik tapi dah sampainya malam, tak nampak apa pun.




Masuk bilik rasa macam nak menjerit sebab bilik luas, lepastu pula buka pintu balkoni laut depan mata. Kuat gila dengar bunyi ombak. Tak sabar nak tunggu esok pagi nak layan sunrise dan juga tengok view yang dikatakan cantik sangat tu.

So kita berhenti sekejap di sini. Sambung next day pula okay.

Ciao!

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.