Thursday, September 20, 2018

Travelogue : Banda Aceh Day 4 & 5

Hello! Hi!

Yeay last entri untuk this trip. Thank god finally I manage to finish it. Tahap kecekalan kena tinggi kalau nak menulis ni. Nak mencari mood lagi. Ni pun mood datang sebab bakal ada next next trip so, kena habiskan trip ni dulu baru boleh start another trip. Matilanakkkk.

Fine, fine taknak bebel panjang, jom sambung hari last day berjalan aka hari keempat sebab the next day tu flight balik Malaysia pagi.

Harini tiada aktiviti sangat. Just tinggal few places je lagi belum pergi. So, untuk membuang masa kita pergi ke Kolam Air Panas yang memakan masa lebih kurang sejam perjalanan. Jyeah, inilah cara untuk kita membuang masa. Kahkah. Seperti biasa sepanjang perjalanan kita tidur untuk mengumpul tenaga. 






Sedap tidur sekali buka mata dah sampai dah ke Taman Wisata Air Panas Aceh Besar. Cuaca panas, air panas bergabung meletup panas! Pergh. Aku kira nak cari tempat berteduh je. Tempat dia tak luas mana pun, just nice. Ada dua kolam untuk lelaki dan juga perempuan kalau tak silap aku. Ada pondok banyak dibina untuk kemudahan pengunjung berkelah. Ok, paling terbaik sauna dia. Pergh semulajadi beb. 





Camni, air yang dari punca tu turun melalui satu longkang buatan dan sepanjang longkang tu dia bina pondok kayu yang jarang-jarang sikit kayu dia supaya wap air panas tu boleh masuk. Dia tutup pondok tu dengan kanvas je. Taraaa jadilah sauna. Sini sebab air panas yang punca dia tu laju, kat tempat kita susah sikit sebab tekanan air dia rendah so, air tak laju.





Kemudian, kami dibawa ke sebuah lagi pantai iaitu Pantai Pasir Putih Lamreh. Uish, angin dia bukan sepoi-sepoi lagi tapi bertiup kencang terus. Air dia boleh tahan lawa juga tapi sini ombak macam kuat sikit. Lepak minum teh botol sambil rest sebab nak balik ni perjalanan jauh ni. Heh. Lama juga kami lepak sini sebab syok angin kuat kan. 







Dalam perjalanan balik tu rasa lapar, singgah makan dekat Ayam Lepas. Yes, dia semacam ayam penyet tapi nama dia ayam lepas. Actually ada yang pedas melampau dengan yang kurang pedas. Tak pasti mana satu sebab menu satu lagi nama Ayam Lemass. Ntah, jangan tanya dia lemas ke mana. Tapi sememangnya sedap terangkat kaw! 





Sudah kenyang dibawanya kami ke Kapal Tsunami Lampulo. Disinilah yang ada boat atas rumah tu. Kapal ni pun hanyut dibawa arus tsunami juga. Ada makcik ni cerita dia masih hidup pun sebab dia lompat masuk ke dalam kapal ni. Sebenarnya dia lari masuk ke dalam rumah tu sebab rumah tu dua tingkat, kebetulan masa dia berada di bumbung tu kot kapal ni datang dan dia terus lompat masuk. Lebih kurang macam tu la cerita dia. Nak tahu lebih lanjut minta google okay.







Balik dari situ pun dah petang, so marilah kita cari makan petang. Teringat pula bakso. Aku lah tu yang teringat, nak makan bakso. Cakap dekat Mas Mahyu nak makan bakso, dia terus bawa pergi satu gerai ni Mie Bakso ni. Bapak besar gila bakso dia. Senak perut nak habiskan. Selesai makan, dah tak tahu nak pergi mana dah. End up minta Mas Mahyu bawa kami pergi mall di Banda Aceh. 





Okaylah mall dia, tak besar sangat tapi lengkap semua. Ada KFC, ada Pizza Hut, ada JCO Donut dan Pasaraya Harian. So, untuk dinner aku decide beli Pizza je sebab pizza Indonesia lain dari Malaysia. Isi atas pizza pun banyak dari yang Malaysia punya. Dinner dekat hotel je sebab nak packing untuk balik esok.



TENGOK BETAPA MERIAHNYA TOPPING DIA!




Day 5

Pagi tu dalam jam 6 pagi camtu Mas Mahyu datang pick up bawa ke airport. Flight balik jam 9 pagi. Tamatlah sudah trip kami berlima ke Banda Aceh dan Pulau Weh. Serius trip yang paling awesome tapi pada masa yang sama macam bagi keinsafan sikit la tengok macam mana hancurnya Banda Aceh ni ketika Tsunami berlaku.





Memang trip kali ni santai je, taknak rush dan pack sangat sebab bawa parents kan. So light and easy je sebab ada masa balik hotel rehat dulu baru keluar balik. Kalau trip anak muda selagi boleh sumbat kita sumbat dalam satu hari tapi hasilnya exhausted sikit la.






So, next family trip kemana pula kita? Tunggu....










No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.