Tuesday, September 18, 2018

Travelogue : Pulau Weh Day 2

Holla!

Jom jom kita sambung hari kedua di Pulau Weh. Lagi lama peram lagi malas nanti. So, mari kita keluarkan semuanya.


Jujurnya hari kedua ni aku lupa kami breakfast apa untuk pagi tu. Oh okay, ingat sudah. My parents keluar berjalan area Chalet tu dan terjumpa gerai jual breakfast then beli nasi lemak pelbagai lauk untuk kami yang ada dekat bilik. Surprisingly, sedap wei nasi lemak dia. Abah aku siap bersembang lagi dengan owner gerai (yes, my abah memang suka bersembang dengan siapa saja dia jumpa) tu tanya asal - usul bagai. Rupanya dia Pak Imam dekat Masjid area situ dan kebetulan hari tu Jumaat so, abah tanya sekali dekat mana untuk Solat Jumaat.

INI VIEW DEPAN BILIK. AWESOME KAN??????

Selesai breakfast, tunggu Mas Putra datang pick up dan destinasi kami yang pertama untuk hari kedua ni adalah ke Benteng Pertahanan Jepang di Anoi Hitam. Benteng ini dibina sekitar tahun 1942-1945 oleh Jepun sebagai tempat berlindung mereka. View dari sini cantik wei. Then selesai dekat situ bergerak ke View Point pula. Dekat Pulau Weh ni banyak sangat view point dia. View pula awesome je semua. Haih, sambil menaip ni pun teringat lagi rasa macam nak book tiket repeat Pulau Weh.






Then kami dibawa pula ke Sabang Hill. Di sini terdapat sebuah hotel juga iaitu Hotel Sabang Hill. Tapi rasa macam sudah tak beroperasi. Nampak suram je hotelnya. Even point viewnya pun nak naik kena berhati-hati sebab ada tangga yang dah rosak dan penghadap dia dah tak kukuh. Betul-betul terbiar. Sayang, sebabnya view cantik.



SEE, MANA ADA PALANG WEI. SCARY!



Then pergi lunch dekat Restoran macam Nasi Padang tu. Not bad jugalah lauk-lauk dia. Habis lunch balik ke chalet sebab hormat orang nak pergi Solat Jumaat. Actually aku lupa samada kami balik chalet dulu then baru lunch or lunch dulu baru balik chalet -.-"


INILAH TEMPAT KAMI DINNER ON THE FIRST DAY SAMPAI.



Kemudian, pergi ke sign I Love Sabang tu. Cuaca panas wei, sebab pergi sana around 3 petang camtu sebab kalau lewat nanti penuh dengan manusia je. Last destination pergi ke Kantor Walikota. Situ pun boleh tengok view cantik juga. Senang cerita bila kau datang sini memang dia bawa ke tempat untuk bergambar je. Mostly view point yang ada di sekitar Pulau tu. So selamat dah jelajah Pulau Weh, sebagai penutup kami minta Mas Putra bawa kami makan Mie Aceh.





VIEW DI KANTOR WALIKOTA


Mas Putra hantar balik Chalet, rehat sekejap then turun pantai depan chalet ni. Barulah ada masa nak jalan-jalan sekitar chalet ni. Lepak mandi laut sambil layan sunset. Serious duduk sini rasa nak berendam dalam laut je sebab air dia jernih wei, geram je tengok.










Malam tu dinner dekat Freedie's je. Ramai yang suggest kalau menginap dekat situ sila makan dekat cafe dia dan try pizza Freedies. Sedap katanya and aku try yes, memang sedap. Dinner kali ni baru my abah makan banyak sikit sebab dia macam tak boleh nak terima food sini. Hahaha. Tanya dekat aku, memang aku bedal je semua.




Ok sambung dekat next entri pula. Ciao!

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.