Friday, August 21, 2015

Travelogue : 7 Island Sunset Tour

Day 2 ( 17 Jan 2015 )

Harini bangun pagi terus check out since kitorang just book this hotel for 1 day je. Saja nak try hotel lain lain sebab duduk lama kan. So if datang lagi nanti dah tahu hotel mana yang best. Sempat la bergambar dengan Aom si receptionist hotel yang sempoi gila dan sangat baik hati. Melayan kerenah kitorang yang masuk air nie. 





If sesiapa pergi cari Aom okay. Promote nie promote. Hotel kedua ni tak jauh pun dari hotel first. Jalan kaki sikit dah sampai. Tapi kebetulan bilik tak siap lagi so tak boleh nak check in lagi. So kitorang lepak kejap. Dalam pukul 11 camtu dah boleh masuk bilik. Kena naik tangga hoi. Dahlah tinggi. Jenuh hoi jenuh. 

Van akan datang pickup around 1.30pm so rehat rehat kejap. Sempat la tidur seround. Around pukul 1pm camtu kitorang turun lepak kat bawah tunggu van. Don't worry, van akan pickup korang depan hotel and hantar balik depan hotel juga. 




Oh cuma hotel baru nie ada cermin besar siap almari bagai. Hotel yang first tu takde semua tu and bilik yg nie besar sikit dari first hotel. Sharp 1.30pm sampailah orang yang pickup tu depan hotel terus pergi ke jeti untuk naik boat. 

Awalnya kitorang minta naik longtail boat tapi bila sampai sekali naik boat besar. Jimat lagi sebab bayar harga longtail tp naik boat besar. Kira guna longtail tu untuk transfer dari jeti ke boat besar je. Kitorang punya tour guide terbaik baq hang. Sempoi gila. Even group kitorang pun semua best. Takde nak tunggu sebab lambat ke apa ke. Semua on time bebeh. 





Eh baru perasan ada orang photobomb. Kah. Semua yang dalam group kitorang ramah ramah. Sempat la sembang sembang dengan diorang. Siap tanya lagi if pergi malaysia pulau mana yang diorang patut pergi. So sempatlah kitorang promote Malaysia kat pelancong luar. Sambil menyelam minum ayaq la. 





First check point. Poda Island. Lepak kejap berendam kejap snap snap gambar pastu gerak ke next check point. Kalau tak silap aku pergi snorkeling tapi kitorang turun sekali je sebab air waktu tu macam teruk sikit. Bergelora. So buat kami yang tak berapa nak handal berenang terpaksa tengok jela. 

Then before berhenti untuk dinner boat berhenti kat satu tempat nie. Layan orang buat terjun terjun dari batu pastu layan sunset sekali. Serius cantik. 








Makan time!! Berhenti makan dekat Tup Island. Island yang air terbelah tu. kalau datang awal boleh la lalu tengah tu tapi by the time kitorang sampai air dah pasang so tak bolehlah nak lalu. Makan bbq je. Diorang masakkan dan kitorang just beratur ambil. Then after makan berkumpul untuk pertunjukkan keluar keluar api tu. 







Habis je pertunjukkan naik boat dan bergerak pulang. Sebelum tu stop sekejap sebab nak tengok plankton. Haaa. Inilah sebab utama ambil sunset. Nak tengok plankton. Tapi that day tak banyak sangat plankton so macam nampak tak nampak je. Padahal rasanya hampir semua orang atas boat tu turun sebab nak tengok plankton kena kocakkan air baru nampak biru biru. Ala ala glow in the dark gitewww. 

Kitorang sampai hotel dalam pukul 10 malam. Basuh badan sikit then tidur. Esoknya aktiviti darat je. Elephant Trekking. 


Travelogue : Krabi

Day 1 ( 16 Jan 2015 )

Pagi pagi dah dikejutkan jam loceng phone. Pukul 4 pagi gerak dari Vista ke Putrajaya Sentral since kitorang decide untuk park kereta dekat sana dan just naik ERL ke KLIA2. Malam sebelumya aku dah call kawan aku minta dia park kapal dekat sikit sebab korang sendiri tahu gate dekat KLIA2 tu jauh nak mampus. Mujurlah dapat gate num 7 so takdelah jauh sangat kitorang nak menapak. 

Oh, btw aku pergi berdua dengan officemate aku. Asalnya nak pergi ramai tapi faham jela company aku cuti singapore so cuti tak sama dengan malaysia. Terpaksa buat holiday sendiri. Kebetulan tarikh kitorang pergi tu tiket agak murah. Agak ok sebab ada yang boleh dapat lagi murah dari tu. Lebih kurang RM150/pax return. 

Hotel semua kitorang dah book awal from Agoda and Expedia. Nasib kitorang baik dapat flight awal pagi so sampai Krabi around 8 pagi. Sebelum pergi dah buat research sebab sebolehnya nak jimat. So sampai airport Krabi terus pergi ke kaunter bas dan beli tiket bas ke Ao Nang sebab hotel kitorang kat sana. Lagipun situlah tempat tumpuan pun. Jangan pergi town sebab bila malam town mati melainkan bila ada pasar malam. 




Tiket bas untuk ke Ao Nang. 150baht/pax untuk one way saja. Rupa bas pun tak mengerunkan pun siap ada aircond lagi. Selesa la senang cerita. Oh, sebelum terlupa, kitorang kan macam tak boleh hidup without internet. Pui. So belilah sim dekat sana. Internet unlimited for 7 days. Harga tak silap aku dalam 200baht. 





Around 10 pagi sampai dekat Ao Nang. Kalau korang naik bas, nanti dia punya konduktor akan tanya nama hotel yang korang duduk. Nanti bas akan berhenti depan hotel tu but if korang still tak sure just tanya je driver bus and dia akan tunjuk which hotel. 

For first time traveler macam kitorang nie tercanggak jugalah cari hotel. Mujurlah dah buat research awal. Kitorang duduk Hotel Ao Nang Grand Inn. Harga semalam untuk seorang 600++baht. Lebih kurang RM60+ la. So far satisfied la dengan layanan yang diberikan. Disebabkan time tu bilik memang kosong so kitorang boleh terus check in tanpa tunggu pukul 2. 






Itu suasana dalam bilik kitorang. Bilik twin bed. Hotel tu sendiri pun ada wifi. So if korang tak beli sim boleh just guna wifi hotel. 

Berehat sekejap then misi mencari tour bermula. Actually duit kitorang short sikit sebab mula ingat dia dah tolak siap siap duit hotel. Rupanya dia tak charge pun kredit kad kitorg. Kitorang pun silap hari tu tak baca betul betul time book hotel. Since short sikit kitorang pun bincang untuk try dapatkan pakej tour 2500baht per person untuk 3 pakej. Masa untuk tawar menawar bermula. 

Since hotel kitorang pun ade sediakan pakej tour, kitorang survey dulu dekat receptionist tu. Habis bargain dah and harga pun dah dapat kitorang hold dulu then jalan lagi untuk survey dekat tempat lain sambil pergi lunch and cuci mata. Kah. 








Puas cuci mata, perut pun dah kenyang sambung lagi cari pakej tour. Kebetulan time kitorang pergi tu peak season so harga pakej tour agak mahal. Bargain punya bargain and bincang punya bincang decide ambil yang dekat hotel je. Paling murah yang kitorang dapat dekat hotel. Itupun 2750baht sekali airport transfer untuk balik nanti. 








Pakej yang kitorang ambil, 7 Island Sunset, Elephant Trekking dan Phi Phi Island. Tapi decide activity start esoknya. Kira hari ni just lepak jalan jalan aonang saja. Oh lupa, kitorang decide nak pergi pasar malam dekat krabi town petang tu. 





Tempat tunggu teksi untuk ke krabi town. Harga untuk one way just 50baht if pergi before 6pm. After 6pm harga will be 60baht. 





Macam tu la rupanya teksi diorang. Hiks. Best woo. Berangin je rasa. Suasana pasar malam kat sana sama je macam pasar malam tempat kita. Variety juga la makanan dia. Just kena pakai tengok halal haram dia sebab bercampur. 









Itulah dinner kitorang untuk seharian tu. padtai a.k.a koew teow goreng thai version. Kihkih. Malam tu berjalan lagi sekitar aonang tengok suasana malam macam mana. Snap snap gambar sikit then balik tidur sebab esok activity bakal bermula so kena charge energy. 

Tamat perjalanan hari pertama. Ada lagi empat hari untuk diharungi.