Bermasalah. Itulah yang aku alami sekarang. Apa aku buat semua tak betul. Aku nak ignore orang tapi click confirm. Apa kes. Mulut kata lain tangan buat lain. Aku nak buat pengakuan berani mati yang aku fail driving test dekat trek. Bukit tu betul betul buat aku terseksa. Balasan sebab terlalu bongkak.
Alamatnya, mrs bajubiru terpaksa la menyalurkan sumbangan ihsan untuk aku yang kena repeat test nanti. Ditambah pula dengan lesen yang hampir luput tarikhnya. Memang aku akan kena maki sebab menganggap mrs bajubiru cop duit. Matlamat untuk dapat lesen awal dari mr ejat terkandas di tengah jalan. Mati begitu saja. Shit. Aku benci betul.
Miss cakap mcm org tua akan pergi kem jumaat ni. Gila aku rasa macam hidup aku akan aman sekejap tanpa manusia tu di sisi aku. Kalau tak, hidup aku asyik dibebani dengan sikap dia yang memang buat aku tak boleh terima. Betul betul macam orang tua dan selalu nak tunjuk yang dia lebih hebat dari aku. Bukan macam aku, orang muda. Sentiasa cool saja.
Aku gilakan Dr House. Kalau boleh hari hari aku nak tengok beliau. Tapi selalu saja ada gangguan. Memang menguji tahap kesabaran aku. Aku stop dulu sebab aku kehabisan idea. Kalau korang ada benda nak sambung, silakan. Aku tak marah. Aku jeling je.
penuh tersirat nie, hmmm
ReplyDeletefid : ape yg tersirat ye?
ReplyDelete