Saturday, April 10, 2010

Kagum

Pagi pagi tadi aku da bangun secara mengejut. Aura datang mengatakan mrs bajubiru dengan mr daddy nak keluar. Bangun terus keluar bilik tengok semua orang tengah bersiap. Capai tuala terus masuk toilet tapi sebelum itu ofcoz jerit suruh tunggu. Tujuan semata mata nak pergi tempat biasa iaitu Tesco. Aku kalau bab mencari barang laju sikit. Senang nak capai apa saja yang bayar bukan aku tapi mrs bajubiru. Tapi macam biasa la stok harian rumah saja. Sebab ada offer, aku capai susu dutch lady coklat sampai 6 kotak. Kalau ikutkan aku nak capai lagi tapi kena sound takut tak lalu nak habiskan.

Kemudian berjalan pergi kamdar sebab mr daddy nak cari singlet. Macam biasa, tujuan aku sentiasa lari dari tujuan asal. Kaki aku elok je berjalan pergi depan cinema. Aku suh kaki tu belok masuk Kamdar tapi memang dia taknak. Disebabkan kereta yang mr daddy servis gila punya lambat nak siap, aku terus pergi kaunter. Aku minta tiket dewasa dua. Orang jaga kaunter tu tak nak bagi. Aku minta lagi, still dia taknak click kat situ. Lastly adik aku datang hulur rasuah duapuluhringgit, baru dia bagi. Penat aku tayang muka kesian kot dapat tiket free. Sia sia betul usaha aku tu.

Cerita aku tengok habis dengan ending yang betul betul mengecewakan. Itulah filem Malaysia. Masih tidak mampu menandingi filem antarabangsa. Bukan mengutuk, tapi kebenaran.

Ha, disebabkan mr streamyx dah pulih, aku terlalu excited pergi serbu kedai TMM untuk beli wireless router. Tersekat dalam tu sebab mrs bajubiru pergi tanya khabar berita anak tokey tu. Oleh itu, terbuka cerita yang agak menginsafkan aku buat seketika. Anak beliau yang dulunya rugged telah berubah seratusperatus. Berubah ke arah kebaikan. Manusia lain seronok mengisi borang melanjutkan pelajaran ke ipta, ipts, anak beliau isi borang tahfiz. Kalau tak dapat tahfiz, anak beliau nak pergi sekolah pondok. Ok, ketika itu memang sentap sekejap perasaan aku sebab anak beliau boleh jadi sematang itu dalam membuat keputusan. Tiada siapa yang membantah.

Kau budak hensem, aku rasa keputusan kau buat memang terbaik. Keputusan yang mampu membuatkan manusia lain akan pandang tinggi pada kau suatu hari nanti. Abaikan saja apa yang diorang nak kata dekat kau sekarang sebab hanya kau saja yang tahu apa yang kau buat. Teruskan perjuangan kau, ramai yang menyokong.


katakata : mereka akan pandang kita hanya ketika kita sudah berjaya. sebelum itu? hanya mereka saja yang tahu.

1 comment:

kau nak kata apa.silakan.