Wednesday, March 31, 2010

cronic

Semua benda mereka longgok depan aku. Dari invois sampai la jadi operator. Memang mereka dah anggap aku sebagai setiausaha mereka. Bukan itu sahaja sebagai penyambut tetamu juga. Semua aku sapu. Aku memang tamak. Mata aku sampai naik berpinar mengadap segala kerja yang mereka bagi. Waktu rehat adalah sesuatu yang paling indah bagi aku sekarang. Dulu memang aku tidak hargai kerana setiap masa adalah waktu rehat bagi aku.

Esok merupakan hari paling istimewa. Aku bercuti. Aku ada date dengan mr jpj. Dia janji nak bawa aku jalan jalan pukul dua esok. Aduh. Aku gelisah ni. Lama betul tak berjumpa dengan dia sejak 4 tahun lepas. Macam mana la rupa mr jpj sekarang. Masih masam seperti dahulu ke.

Esok aku kena buat dia gembira. Mesti dia juga rindu nak jumpa aku.

Aku rasa macam aku pernah cakap nak letak gambar mr daddy pergi bangkok kan. Minta maaf la lambat sikit. Aku cukup malas sekarang nak masukkan gambar walaupun hanya perlu ambil camera dan cucuk usb.

Oh ya, adik aku semakin bermasalah. Selepas jakun tengok gasing keluar warna dan lagu crazy frog, sekarang dia tak nak berak dalam toilet bilik dia. Alasan dia sebab dalam jamban tu air dia warna biru. Aku punya kerja semua tu. Aku campak seketul Kleen Max dalam tu. Aku sendiri tak tahu apa kena mengena air tu dengan sistem pemberakan dia. Dia memang buat aku tak boleh terima apa yang dia bayangkan.

Betul betul sudah kronik. Haish.

3 comments:

  1. waakakkaa..uitsss..kakak yg jahat...ksian d0wh budak2 kecik dianiayai...wakkkaa....

    len kali bela buaya disitu..barulah nmpak voke skeyt....hahahhha

    ReplyDelete
  2. gyler kew ?
    hahaha.
    sengal =p

    ReplyDelete
  3. aliff : hahaha. betol wut. jakun kowt dy tu.

    anonymous : huh! memang gyle.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.