Saturday, April 24, 2010

Terbongkar

Banyak hal yang perlu diselesaikan. Membayar segala bil dan menguruskan pasal telefon rumah yang sudah rosak. Keinginan nak menambah speed streamyx terpaksa dilupakan atas sebab sebab tertentu.

Teringat beras di rumah dah kehabisan stok, terus ke tesco kerana ada jualan murah. Aku rasa hari hari tesco buat jualan murah. Mr daddy serba salah nak masuk sebab takut adik aku yang terlalu sayangkan sekolah dia mengamuk sebab tak ikut pergi beli barang. Berjumpa dengan Hazwani sebentar dan dihantar balik oleh beliau sendiri.

Disebabkan itu aku terpaksa jadi seperti perompak yang mengembalikan barang tanpa pengetahuan tuan rumah. Gila. Menyusun segala barang yang dibeli sambil melihat keadaan sekeliling supaya rahsia tidak bocor. Macam mana aku boleh ikut berkomplot dengan mrs bajubiru pun aku tak tahu.

Tak sampai lima minit. Terbongkar. Hahaha.

Tapi ditutup kembali dengan penipuan hebat dari aku. Tidak mengapa. Ada peluang untuk ke Giant pulak selepas ini. Taktik penipuan yang sungguh berkesan.


katakata : memang aku sengaja. ;p

4 comments:

kau nak kata apa.silakan.