" Mereka ini nak pergi kerja atau nak masuk pertandingan fesyen. Pakai baju mengalahkan pergi kenduri. Sombong plak tu. Senyum pun taknak. Dunia dunia."
Perbualan harian ketika bertemu dengan budak budak yang tak cukup umur. Mereka seperti mengalami kejutan fesyen yang teramat sangat ditambah dengan sifat sombong yang betul betul tahap maksimum. Tolong jaga nama pelatih lain dan tolong hormat makcik, pakcik yang ada disekeliling kau.Sekadar senyum pun sudah memadai. Mahal sangatkah senyuman kau itu
Ingat, kalau kau sombong, tak jauh mana pun kau akan pergi. Satu hari nanti kau jatuh juga. Waktu tu kau pandang la orang sekeliling minta bantuan, tiada siapa yang akan hiraukan kau. Kau betul betul kecil di mata mereka. Kau fikir fikirkanlah. Kau dari kolej yang berunsurkan islam bukan. So, tunjukkan lah teladan kepada yang lain. Sila jangan cemarkan nama kolej kau.
Syabas doktor. Kau memang terbaik. Streamyx aku dah kembali stabil. Sudah ditempatkan di wad biasa. Aku balik rumah dengan senyuman walaupun keadaan hujan yang terlalu lebat. Ada plan yang bakal menjelma kerana streamyx sudak hampir pulih.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.