Hari ini mak dan abah membawa aku dan adek pergi membeli barang dapur. Memang itu yang ditunggu kerana aku dapat beli segala barang suka suka hati. Biar la, guna duit mak abah aku bukan mak abah korang. Tapi kegembiraan itu disentap seketika. Sedang enak menikmati aiskrim vanilla plus coklat. Itu favourite aku.
Kami menerima satu panggilan. Puan Norhanam menjawab. Dalam hati aku berkata mungkin insan bernama kakak yang memanggil. Oh telahan aku silap. Rupanya Ahmad Aizat yang memanggil. Meminta izin untuk pergi ke cc. Rumah aku sudah tiada internet. Korang jangan tanya aku update blog dari mana sebab rumah aku memang tiada internet. Itu sebab Ahmad Aizat lari pergi kedai bernama cyber cafe.
Aku nampak ada garis ketidakpuasan hati di raut wajah abah. Siapa tidak marah jikalau anak keluar rumah dari tengah hari tapi sampai malam tidak pulang. Sikapnya itu membuatkan aku terpaksa menahan lapar sebab abah marah. Shit. Itu saja yang aku ingin sampaikan. Aku lapar. Maaf intro panjang.
Terima kasih sebab luagkan masa membaca.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.