Puas. Itu perasaan aku setelah dibawa keluar oleh insan insan yang berhati mulia. Sepanjang perjalanan aku di soal siasat seperti aku melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan hukuman mati. Aku angguk aku geleng. Beliau bercakap. Perasaan takut mula menguasai diri kerana beliau memandu van seperti orang mabuk saja.
Orang orang di kampung sungguh lancang mulut mereka. Kepala otak kau, seperti makanan mereka. Tidak kira tua atau muda. Tidak hairan jika anak anak kecil sudah pandai menggunakan ayat tersebut kerana sudah dididik. Jangan tanya kepada mereka mana mereka dapat ayat itu, tapi tanyalah pada diri kau sendiri. Inilah namanya melayu.
Bangkok. Apa yang ada di sana. Aku sendiri tidak pasti. Mungkin mr baharudin akan tahu kerana beliau telah kesana atas urusan yang tidak berapa rasmi. Lawatan sambil belajar. Hal orang orang tua. Aku kurang mengambil tahu. Apa yang aku tahu hanya menulis segala barang yang aku ingin beliau beli ketika di sana. Apakah beliau mampu. Jangan tanya pada aku sebab aku hanya menyenaraikan sahaja. Harap maklum.
Semoga beliau selamat pergi dan balik. Aku menunggu kepulangan mr baharudin beserta brang yang dipesan.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.