Sunday, March 28, 2010

hujan

Hari hujan. Plan nak menonton rancangan bedah bedah orang mati, ambil cap jari tidak dapat ditonton. Aku berjalan ke ruang utama. Terlihat sesusuk manusia sedang khusyuk menekan nekan keyboard. Aku halau manusia itu. Hampir lima belas minit manusia itu pergi. Manusia itu pergi membuka kotak berwarna kelabu untuk menonton permainan yang mempunyai ramai pemain dan mengejar hanya satu benda bernama bola. Walaupun di skrin tertulis servis currently not available. Manusia itu tidak hirau. Masih kaku di hadapan kotak kelabu itu menunggu sinar cahaya yang akan muncul. Akhirnya sinar itu muncul menampakkan pergerakan manusia.

Aku lupa semalam ribuan manusia menjalankan aktiviti menutup lampu selama enampuluhminit. Tapi aku tetap bergelap kerana waktu itu aku di dalam bilik yang sememangnya gelap sambil menonton filem. Aku cuma sedar bila aku keluar keadaan di sekeliling gelap. Aku pulang bertanya pada adik perempuan samada dia menyokong dengan menutup lampu. Jawapan dia sama seperti aku, lupa. Apa boleh buat kalau sudah lupa. Tidak luak pun kalau rumah aku saja yang tak tutup lampu kan. So, abaikan saja benda itu semua. Tahun depan ada lagi. Aku pasti.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.