Moshimoshi. Selamat pagi
Haha. Hari ini aku agak puas hati. Abah yang baik hati telah offer untuk hantar aku pergi kerja. Aku tak perlu bawa motor yang sentiasa menyusahkan aku. Hari ini kedai tomyam agak lembab menjalankan servisnya. Hanya dengan memesan roti kosong banjir mengambil masa selama 20 minit setelah dipesan untuk kali kedua. Adakah abang basha pekak atau penebar roti itu yang takmau buatkan untuk aku. Mungkin ingin sabotaj aku kerana sudah jarang meninggalkan jejak di kedai itu. Cis, berani kau.
Oh ya,aku terjumpa pakcik yang berkunjung ke rumah aku hari tu untuk membaiki streamyx yang sudah agak lama dibiarkan sepi. Disebabkan kami samasama warga TM agak mudah untuk berkomunikasi. Perbualan yang berlangsung selama satu minit itu tergantung begitu saja. Ah,mungkin pakcik itu akan pergi ke bahagian yang sepatutnya untuk periksa. Harapharap begitu kerana aku sudah tidak sanggup hidup dengan kelajuan internet yang lembab.
Ha. Pinjamkan aku buku Biology atau apa apa buku berkaitan Physiology. Aku tiba tiba bersemangat untuk membaca. Heh.
. sayonara .
Miss Dilla kata :
Aku belajar. Memang jangan percaya.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.