Pagi pagi lagi sudah terima herdikan demi herdikan. Apa aku melakukan kesalahan sampai perlu di herdik sebegitu rupa. Cakap elok elok bukankah lebih baik. Oh, ada mr audit datang. Patut semua kelihatan stress sehingga keluar peluh jantan. Tapi apa aku peduli. Aku hanya pelatih di situ. Tiada kena mengena.
Plan terpaksa dibatalkan gara gara mr audit. Tapi tidak mengapa, aku lebih suka begini dari bersendirian dengan mr questionanswer yang menyesakkan dada aku dengan segala pertanyaan yang di luar pemikiran aku. Sekali lagi kerja sampah yang diberi. Bukan mengutip sampah kerana itu kerja makcik leha bukan nama sebenar.
Untuk mengelakkan aku diberi kerja yang lebih banyak aku mengambil jalan selamat dengan mengajak sis putihayu pergi break. Tapi terserempak dengan mr dan mrs audit. Yeah, aku mulakan lakonan dengan bersalaman dengan mrs audit. Ditanya aku beberapa soalan. Yup, aku lepas untuk menjadi calon menantu kepada anak terunanya yang kacak lagi bergaya.
Itu semua tipu. Siapa anak dia aku sendiri tak tahu. Hanya tahu cakap saja.
Aku rasa mr kelamkabut suruh aku settlekan kerja. Lebih baik aku selesaikan sebelum aku diherdik berulang kali seperti mereka kena pagi tadi. Gerun.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.