Sunday, March 28, 2010

tolong respect aku

Aku keliru.

Antara kau dan dia.

Kau buat aku rasa annoying gila dengan diri kau. Dia buat aku rasa best gila dengan diri dia. Stupid! Jangan layan aku macam kau layan sampah depan mata kau. Aku ada hak untuk tentukan dengan siapa aku berkawan dan dengan siapa aku keluar. Kau siapa nak diberitahu segala hal aku. Stalker. Cukup aku beritahu pada orang orang tertentu yang aku rasa aku nak beritahu. Kau belum layak duduk di kerusi itu.

Respect dan jujur.

Kau minta kedua dua ini dekat aku. Sedangkan aku tidak pernah menyatakan apa apa. Kau yang terlalu perasan. Maaf, kedua dua itu telah aku bagi pada manusia yang lebih berhak menerima. Manusia yang tidak pernah menghalang aku melakukan apa apa asalkan aku tahu aku siapa pada manusia itu.

----------------------------------------

Alice sangat menarik. Itu pendapat aku. Seperti yang diceritakan kawan adik lelaki aku. Kecik besar kecik besar habis! Mungkin kalau aku menonton 3D akan menjdi lebih teruja. Ya, aku baru pergi meluangkan masa menonton filem itu. Walaupun mr shyshy berkata filem itu rugi ditonton kerana sekejap saja boleh didapati di laman laman download. Tapi apa aku peduli kerana aku sudah berada di dalam panggung. Tidak mungkin aku akan patah balik kerana akan mengalami kerugian tiket yang bernilai sepuluh ringgit. Tetap duit bukan. Duit kawan aku.

Komik.

Memang aku gila komik. Aku tak kisah berhabis duit untuk komik yang aku rasa bagi korang mesti kata dah dewasa pun layan komik. Aku tidak peduli semua itu. Janji aku puas dengan komik komik aku. Aku minta maaf kepda mr shyshy kerana aku lupa nak beritahu tajuk komik aku beli semalam. Bukan salah aku. Komik tu dalam plastik dan kau pula sudah nak masuk panggung menonton filem malaysia kuala lumpur drift. Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.