Aku sekarang boleh tarik nafas lega. Ada ke bagi kerja yang tak logik pada aku. Setakat nak ajar aku sekadar buat sikit sudah la, ni sampai sembilanpuluhsembilan nak kena cari. Memang mampos aku. Tapi sekarang aku nak curi tulang. Apa aku peduli. Mr India sudah berangkat pergi Ipoh. Hati aku senang. Tiada desakan demi desakan yang aku terima untuk hari ini. Harap sampai ke petang la.
Pagi tadi bapak gila aku sampai. Orang lain senang sedap selimut badan aku dah dalam perjalanan ke tempat kerja. Maklumlah pekerja cemerlang. Tapi itu hanya angan angan saja. Aku terpaksa, diulangi sekali lagi terpaksa pergi awal kerana mr ejat buat dajal kat motor aku. Sepuluh kali aku tengking. Ok, aku tak tengking, aku baik so aku cakap elok elok suruh dia pergi isi angin motor. Sampai semalam still tayar tak nak ok. Padahnya aku suruh mrs baju biru hantar aku.
Sekarang aku lapar. Aku nak pergi lunch. Pergi mampos dengan kerja yang dia bagi pada aku. Aku tak mampu nak buat sorang sorang. Apa dia ingat ada lima orang dalam ni. Mungkin dia nampak tapi aku tak nampak.
Stop. Tempat ini usang dan aku membayangkan yang bukan bukan.
Jom lunch. Ngelat atau erti kata lain curi tulang sekejap dengan keluar awal. Yeah. Puas hati aku.
hahaha. tak ley blah. byk dugaan ah lu.
ReplyDeletealynn : tahu takpe. shit.
ReplyDelete