Wednesday, April 7, 2010

Bertahan

Kelakuan jahat aku hari ini betul betul terserlah. Aku telah ambil keputusan drastik dengan hanya tunjuk muka dan terus blah keluar. Apa kau ingat aku tak mampu nak buat macam tu. Sekarang padan muka kau buat kerja sorang sorang. Apa aku peduli.

Berdiri di tengah panas sambil bermandikan peluh betul betul membuatkan aku rasa seperti hendak menyerang sekolah di tepi aku hanya untuk segelas air. Itulah padahnya jika kepala aku keras tak bawa air. Penghawa dingin dari Perodua betul betul membuatkan kami leka bersembang. Buat seperti sedang menunggu kereta habis diservis sahaja padahal menaiki van yang terpampang tulisan TM. Tempat persinggahan yang sungguh nyaman. Aku betul betul ingin kembali ke tempat itu nanti.

Streamyx aku masih lagi di wad ICU. Aku tak tahu bila mahu menamatkan riwayat beliau kerana sering dipujuk doktor supaya biarkan begitu kerana mereka pasti beliau akan pulih sepenuhnya. Hanya kerana beliau, aku terpaksa bayar bil hospital begitu sahaja. Sampai bila aku mampu bertahan. Duit semakin banyak dihabiskan tetapi keadaan masih sama. Sila ambil tindakan serta merta wahai doktor doktor sekalian.

1 comment:

  1. huhuhu..
    sabar je lah weh.
    byr je la. haha
    npe ko x block je dulu?
    da ok nnt bru la proceed.
    bazir je bayar bile x gune. huu~

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.