Tuesday, April 13, 2010

Seksa

Dah takde kerja lain dah yang aku nak kena buat. Asyik menjawab tag saja. Sampai aku rasa hidup terseksa sebab nak kena fikir jawapan yang merapu. Tapi takpelah. Aku tag orang, orang balas balik kat aku. Terima saja.


1) Benda 2nd yg anda bwat afta bangun tidow.
Selalu tanya benda pertama. Kali nie benda kedua. Selalu selepas tengok phone, benda kedua aku buat masuk toilet cuci muka. Rasa pelik kalau keluar bilik without basahkan muka.

2) 3 perkara yg bwat anda hilang mood serta merta.
pertama : kena maki tak tentu pasal
kedua : bila benda yang nak dicari tak jumpa
ketiga : bila disuruh buat something yang aku takank buat dan tak patut dibuat.

3) Apa yg ada dlm fikiran anda sekarang.
Lipat baju dulu atau terus tidor. Berfikir, berfikir.

4) Jika anda terjumpa seketul batu yg boleh bercakap n anda diberi 1 permintaan. Apa yg anda nk mintak?
Kenapa satu je. Aku seorang yang tamak. Bagi la lebih sikit. Tapi kalau boleh aku nak patah balik masa. Nak buat keputusan yang tidak akan buat aku menyesal sekarang.

5) 5 fakta tentang gigi anda.
Kena tanya doktor gigi. Mr doc, sila jawab untuk aku.

6) Secara jujurnya, anda penah mengumpat cekgu? ya/tidak,alasan.
Jangan tipu kata kau tak pernah mengumpat cikgu. Sebaik baik kau pun mesti ada mengata kat cikgu. Itu lumrah pelajar. Normal la benda tu semua. So, ofcos aku pun tergolong dalam kumpulan tu. Dah banyak cikgu aku kutuk. Semua sebab tidak puas hati. Biasalah, jiwa remaja.

7) Masakan ape yg anda teringin nk masak skrg nih.
Tiada apa apa sebab semua mak aku dah sediakan. Harap maklum.

8) Jika anda adalah sejenis tumbuhan, what would u be?
Tumbuhan la. Tapi bukan parasit. Sekian.

9) Rumah idaman anda.
Rumah yang boleh buat aku rasa best duduk dalam tu.

10) 2 bnda yg anda bwat untuk hilangkan stress.

Lepak dalam bilik dan baca majalah. Tak pun ada duit lebih pergi lepak mana mana shopping complex, jalan jalan cukup. Lepak tepi pantai pun bagi aku masyuk gak.

11) Jika anda ialah sebuah perkataan,what would u choose.
Tak pernah terfikir pun nak jadi word apa. Aku curi kau punya la shaa. Macam gempak je aku tengok. " FOREVER "

12) tag 10 rakan yg laen.
Malas dah nak tag orang. Macam surat berantai plak tag ini. Tak pernah putus putus. So, aku putuskan la. Siapa nak sambung, silakan.

2 comments:

kau nak kata apa.silakan.