Monday, May 24, 2010

Hungry

Balik dari kerja aku terus capai towel masuk bilik air. Pastu kena ganggu dengan panggilan dari akak aku. Sengal. Aku tengah mandi la woi.


Segar bugar sudah pakai cantik cantik blah terus pergi dapur. Lapar gila siot. Dengan harapan ada makanan aku bukan peti ais dengan yakinnya dan. Dem! Kosong syial. Dari atas sampai bawah, habuk pun takde. Memang aku bohong. Aku lapar aku lapar. Mak aku blah pergi rumah mak tam aku. Aku lapar aku lapar.


Aku buat buat cool. Badget confirm mak dan abah aku blah makan luar malam ni. Aku dah excited membayangkan nasi ayam di kedai kuew teow doli. Aku buat buat baik g lipat kain dengan tujuan membodek. Kalau tak haram nak sentuh kain kain tu. Tunggu mak aku angkat parang baru pegang kain tu lipat. Aku dah kata aku pemalas.


Harapan tinggal harapan. Tak pasal pasal aku plak kena goreng telur. Shit. Putus selera aku nak makan. Berlapar la aku sampai sekarang. Esok pagi la makan nasi lemak dekat kedai tomyam. Kau perut, jangan nak mengamuk malam karang. Aku sepak nanti. Huh. Dah, aku layan movie lagi bagus.


Cau.


katakata : nasi ayam nasi ayam. gagagaga

6 comments:

  1. hahahaha! lapa betul tu. meh2 aku pass nasik kandar satu :))

    ReplyDelete
  2. amik la sup ayam cincai kat aii....hikhikhik..

    ReplyDelete
  3. hahaha...kalau lapar memang sanggup buat apa saja...^_^

    ReplyDelete
  4. honey : yunk. ayam pun xde cne nk masak.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.