Sunday, May 23, 2010

Semua dalam satu

Tahniah la untuk jejaka nama Shahir sebab menang AF8. Tamat sudah semua spekulasi AF. Muak dah aku dengar hari hari af, af dan af. Kalau dengar pastu tengok dapat duit memang aku pulun la. Setakat tengok pastu suruh orang plak keluarkan duit untuk vote, buang masa aku je. Kini, segalanya sudah tamat. Amin.


World Cup plak akan bermula. Aku rasa teruja sebab boleh berjudi. Boleh topup dosa yang telah telah banyak ni. Watefak. Haram syial. Tapi aku pelik kenapa mesti kerajaan menghalalkan judi. Paling tak dapat  diterima akal hanya sepanjang Piala Dunia saja. Then, PDRM plak sibuk sibuk nak banteras perjudian ketika Piala Dunia berlangsung. Woi, terang terangan percanggahan pendapat di situ. Sorang sokong, sorang lagi tak sokong. Patut la malaysia tak pernah aman. Satu Malaysia konon. Boleh campak tepi la benda tu. Mufti senyap je. Kecut perut kot. Takut kena hentam. Shit. Cam gampang ja. Belajar tinggi tinggi sampai jadi mufti tapi tak reti nak pertahankan agama sendiri. Duduk rumah main judi sekali lagi bagus la. Aku dah kata, politik itu sampah.


Sekarang tengah kecoh dekat blog pasal pergaduhan antara blogger. Aku malas nak masuk campur sebab aku tak tahu al kisah sebenar diorang ni bergaduh. Kalau korang baik hati nak ceritakan, aku sedia mendengar. Aku pun hanya blogger picisan je. Tulis pun benda merapu. Orang nak baca atau tak itu terserah.


Hah. Aku akan makin busy dengan persiapan perkahwinan cousin aku. Aku memang suka menyibuk. Jadi mandur. Arah sana arah sini. Tapi nak buat malas. Tangan sakit la, kuku calar la, lenguh badan la. Susah la nanti. Nanti aku tak nampak cantik time kenduri. Hahaha. Sepuluh kali aku akan kena ketuk sampai pendek kalau aku cakap macam tu depan mak aku. Sia sia kena cop anak dara pemalas. Orang taknak padan muka. Dahla masak pun tunggang terbalik lagi. Susah betul ada anak dara macam aku. Memang menyusahkan mak bapak. Haha. Orang taknak xpe, nanti aku cakap la yang aku pandu suzuki swift. Bodoh punye iklan promosi. Mata duitan.



So, aku harap dunia akan makin aman. Sekian.


katakata : ape yg diorang kata pasal ____ betul gak. grrr. ade story yg aku pendam pasal tu.

6 comments:

kau nak kata apa.silakan.