Monday, May 10, 2010

Bola

Kecoh sana sini pasal kemenangan Chelsea. Ok, aku pasrah. Man Utd bagi laluan kat mereka. Beza cuma satu mata. Aku peduli apa. Aku terlepas perlawanan. Kena tunggu ulang tayang. Perkara paling aku benci sebab tak dapat tengok live.

Semalam juga kecoh pasal Shahir diberi peluang kedua untuk rancangan Akademi Fan apa ntah. Aku tak tengok. Tak berminat nak tahu. Tapi sebab cousin cousin aku beria gila buka channel 104, aku nak kata apa. Takkan nak hambat dengan kayu. Kamon la, budak lagi kan.

Tunggu kekecohan World Cup pula.

Aku bukan lagi di hostel macam dulu. Internet lembab dan disebabkan menunggu streaming yang lama terlepas aksi menarik.

Kini aku di rumah. Keseronokan menonton bola lebih sempurna daripada biasa.

5 comments:

  1. kalu nak tengok highlight perlawanan chelsea dgn wigan meh singgah...

    http://www.ceritasekupang.blogspot.com/

    ada highlight perlawanan 2....

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.