Wednesday, May 12, 2010

Saya Kenal Anak Perak

Woah! Sempat lagi tak aku nak join contest Anak Perak nie ye. Aku harap sempat sebab aku nak buat sekarang. Kalau dapat alhamdullilah la, kalau tak dapat, means tiada rezeki la tu. Aku sekadar mencuba nasib saja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ohh blog Anak Perak nie aku tahu selepas masuk Gengblogger la. Well, aku pun orang Perak, so teruja la orang kampung buat blog menyatakan beliau adalah anak perak. Wah, gila bangga aku. Tambahan pula, aduh terskema pula. Takpe teruskan, actually beliau pernah jerit jerit kat shoutmix aku. 

Blog beliau best kot. Semua cerita ada dalam tu. Pasal life beliau pun beliau selitkan juga. Ops, blog beliau bukan blog picisan oke. Banyak juga information yang boleh kita dapat dari blog beliau. Beliau nie suka warna hijau kot. Tema blog pun hijau. Kira ok la bagi aku sebab mata aku tak sakit nak melihat. Ok, dah lebih 100 perkataan ke nie. Hope tak la. Sebab beliau tak bagi lebih. Takut juling mata nak baca kot. 

Ohh ada task tambahan. Beliau suruh bagi sebab apa aku nak pakai dot com. Jom imbas ke zaman silam kejap.  Actually, dulu aku bukanlah blogger tegar yang update blog setiap hari. Kadang kadang mau juga sebulan sekali. Tapi sejak tahun lepas aku dah mula nak serius. Banyak juga yang boleh ditulis sebenarnya. Cuma dulu otak beku tak reti nak berfikir. Tambah tambah dulu aku duduk rumah je. Jarang merantau. Bila aku dah merantau, banyak yang aku dapat lihat. Minda aku pun sedikit terbuka. Macam macam ragam manusia yang aku dapat tengok. Dari situ aku contengkan disini. So, sebagai menghargai blog nie yang dah terlalu banyak bersabar dengan kerenah aku, aku nak bagi la hadiah kat dia. Tu sebab la aku nakkan DOT COM tu. Nama untuk dot com tu aku pilih vanillachocolate.com bersempena nama blog ni. Biar ada kenangan antara aku dengan dia. Dahla ulangtahun pertama tak bagi hadiah. Kesian dia.

 

Jom Terjah sini!

Sekian dari saya, Nuradilla Baharudin. ;)

3 comments:

  1. wahhh serius best. nak join. tp komfem tak menang.wah.goodluck!

    ReplyDelete
  2. red : tenks.

    pp : hahhaa. nie pun mencuba nasib. tapi kalau boleh nak menang la. heee.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.