Tuesday, May 4, 2010

Perihal kerja

Aku berkira kira tidak mahu update apa apa hari ini. Tapi aku rasa macam sedikit pelik kalau tak update walaupun satu entri. Otak aku setiap saat ligat berfikir apa yang patut ditulis.

Hari ni aku rasa berat nak pergi kerja. Mungkin kerana waktu tidur aku semalam lari jauh dari waktu waktu biasa jadi pagi tadi agak liat untuk aku celikkan mata. Aku hanya mampu menghantar pesanan kepada cik melatiputeh untuk punchkan untuk aku. Aku hanya sedar pada pukul lapansetengah pagi.

Niat hati dan ponteng terus. Tapi teringatkan cik melatiputeh yang mengharapkan kehadiran aku untuk membawa broadband semata mata untuk updatekan antivirus yang katanya sudah nyawa nyawa ikan, aku gagahkan juga capai tuala dan mandi. Segala pergerakan aku perlahan saja.

Bila aku sampai terlihat kelibat cik melatiputeh sedang mengendong beg laptopnya. Mahu keluar sekejap katanya. Aku sambar beg laptopnya dan usung ke dalam office. Terjumpa pakcik yang bekerja di department aku. Aku buat tak endah saja. Hanya senyum untuk menutup kegelisahan kerana takut kantoi datang lambat.

Seharian aku duduk dalam bilik yang dingin. Mengupdate antivirus serta bermain muka buku sampai bosan. Pada masa yang sama melengkapkan log book yang sudah beberapa minggu ditinggalakn kosong tanpa sebarang pembohongan dari aku. Ahhh, plagiat saja dari orang. Itu yang paling mudah.

Hari aku terbuang begitu saja hari ni. Tiada ilmu yang dikutip.

Kalau esok masih ada, aku ingin tebus kembali untuk hari ini.


katakata : kepanasan yang membahang buat aku jadi begini.

2 comments:

kau nak kata apa.silakan.