Friday, May 21, 2010

Feringhi

Sepuluh kali call sebelum kaki aku jejak rumah. Tak macam gila aku nak menjawab semua call yang datangnya dari mak aku. Terbaik gila sebab aku kena ceramah selama sejam sebelum dibenarkan masuk bilik tido. Semua ni gara gara kawan kawan aku yang sengal termasuk la aku sekali yang gila pergi melepak Penang sampai malam.


Kawan kawan aku stok bangun tengah hari la bai. Cuma aku baik sikit la sebab bangun awal. Itu sebab terpaksa gerak lambat. Pergi Gurney tengok movie. Paling aku tak bleh blah bila berebut nak tengok movie. Haram betul. Simple punya masalah pun tak boleh nak settle. Hempuk juga sekor sekor termasuk la aku sekali. Dah settle movie, masalah cari surau nak sembahyang. Pusing parking macam orang gila. Kawan aku budak archi maki hamun arkitek yang design Gurney tu sebab main campak campak je surau tu. Menyusahkan aku je. Bodoh pun ada. Nama pun surau letak la tempat elok sikit senang orang nak cari. Otak letak kat lutut memang macam tu la.


Settle masalah kat situ. Aku rasa macam nak blah cepat je dari situ. Terus blah pergi Feringhi. Melantak dekat bistro mana ntah malaun malaun nie bawak ktorang. Aku tau dekat tepi pantai je. Time order paling best. Semua perasaan tamak terkeluar tanpa disekat. Order macam nak makan sepuluh orang. Muka muka tamak je. Tidak terkecuali aku. Sama naik juga dengan diorang. Aku tak tahu la memang lapar atau apa, tapi nasib baik tiada pembaziran berlaku sebab masing masing kena paksa habiskan setiap makanan yang ada sampai licin kalau tak kawan dengan setan. Makan sampai nak meletup. Langsung tak ikut sunnah. Gila betul.


Sebab jakun tengok laut, ktorg turun pergi mengedik tepi pantai. Semua tak dapat tahan nafsu tambah pula gelap. Terkeluar habis semua perangai gedik masing masing. Dah penat buat gedik jalan pergi Night Market. Nak terkeluar juga la urat kaki aku mengekor dyorang nie berjalan. Perghhh, memang pulun habis la. Macam tak reti nak balik. Barang yang dibeli hanya 3 items sahaja.


Balik jejaka pecut habis habisan macam nak terbang kereta tu sebab parents masing masing dah mula menunjukkan tanda tanda akan tunggu depan rumah dengan parang di tangan sebab nak tetak sorang sorang yang ada dalam kereta tu. Si gadis yang sorang tu memang nak kena hempuk sebab dia tak bagitau mak dia yang dia nak pegi Penang.


Tetap juga sampai rumah dengan selamat walaupun dalam hati bukan ada taman tapi ada perkataan tulis TAKUT sebab balik lewat. Hukuman dikenakan memang terbaik. Aku salute dekat mak dan abah serta kawan kawan aku tersayang aku sebab buat aku tersengguk sengguk dekat ofis hari ni.


Ohh. Aku tau korang semua baca blog aku. Kalau ada aku kutuk tu minta maaf la. Memang sengaja. Lagipun aku kutuk diri aku juga oke.


Terima kasih kepada Syamim, Syakir, Finaz, Dira dan diri aku sebab kita semua happy semalam. Syang u guys! Oke, aku geli dowh!


katakata : hope plan ke langkawi aku dpt pergi.

4 comments:

  1. besnyeee gi jenjalan kan penang

    ReplyDelete
  2. shiokk nya!!
    nak ikot pi langkawi!!
    lama22 tak jalan2 cenggitu. adehhh

    ReplyDelete
  3. memang besh boy. nnt turun sini dla bawak. hahaa. confirm sesat.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.