Monday, May 3, 2010

Minat disekat

Aku terdengar mrs bajubiru bersembang dengan cousin aku mengenai anaknya yang akan ke matrikulasi. Pada masa yang sama bertanya tentang status UPU yang dipohon oleh anaknya. Sayang sekali. Hanya dapat pilihan terakhir. Bagi aku itu sudah kira bersyukur berbanding tidak dapat apa apa.

Dari situ aku mula berfikir. Adik aku memohon kursus Aeronautik tapi tidak diterima sama sekali sedangkan keputusanya lansung tidak mengecewakan dan sekali gus layak untuk dia diterima. Otak aku ligat berfikir.

Apa jurusan itu agak susah untuk ditembusi atau kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan penggangur dalam jurusan yang sudah tentu ramai pelajarnya seperti Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik, Ukur Bahan dan paling penting Komputer. Jurusan jurusan itu cukup famous. Oleh kerana famous mereka memilih kerana kebarangkalian untuk diterima agak tinggi. Tapi mereka tidak berfikir, kebarangkalian untuk mencari kerja agak rendah kerana sudah terlalu ramai graduan yang keluar dengan memegang diplom atau ijazah dalam jurusan tersebut. Mana hendak dicampak golongan golongan yang baru ini.

Mungkin adik aku silap perkiraan tidak memilih jurusan tersebut. Tapi aku kagum dengan dia kerana memandang ke hadapan dengan memilih jurusan yang pada aku agak hebat kerana calang calang orang yang mampu menguasainya. Tapi sayang tidak diterima.

Lepas dua tiga tahun muncul di dada dada akhbar mengatakan pelajar kurang berminat menguasai ilmu angkasa lepas. Negara kekurangan jurutera kapal terbang dan sebagainya. Tapi yang sebenarnya minat mereka disekat. Permohonan ditolak mentah mentah.

Tidak hairan ramai graduan yang memilih untuk ke luar negara kerana mereka tahu peluang disana lebih cerah berbanding di negara mereka sendiri. Disana mereka lebih rasa dihargai.

Ini hanya pendapat aku. Kalau aku salah sila betulkan. ;)


katakata : kalau aku ada duit aku pun rasa nak belajar di sana. boleh melancong juga.

5 comments:

  1. Setuju, entah macam mana mereka pilih pun tak tahu..

    ReplyDelete
  2. mail : itu la. hanya kerana ia famous, ia dipandang.

    ReplyDelete
  3. nis dapat course under sains komputer gak. Tapi program Matematik Pengurusan.. INsya-Allah peluang kerja besar..

    ReplyDelete
  4. alynn: hurm.

    nis : kalau dpt yg cmtu xpela.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.